Wednesday, February 25, 2009

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NICE & IPD-OUM

Encik Idzhar Jumali (CEO NICE) menyerahkan kompang kepada Encik Repin Ibrahim (COO Meteor OUM) untuk dipalu sebagai simbolik pelancaran program sambil diperhatikan oleh Encik Azman Mat Wajib (Executive Chairman NICE)


Persembahan NOWSEEHEART menyerikan suasana majlis pelancaran

Alhamdulillah, pada 16 Februari 09 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Program NICE & IPD-OUM. Tiga program dilancarkan atas kendalian NICE sebagai 'associate consultant' untuk IPD-OUM :

1. Sijil Asas Kesenian Nasyid
Program 2 hari ini menampilkan Nowseeheart sebagai tenaga pengajar. Ia adalah persijilan pertama seumpamanya yang mengiktiraf nasyid sebagai suatu disiplin ilmu.

2. Sijil Pembangunan Usahawan Portal
Program 2 hari ini akan mengetengahkan bimbingan membuat portal secara 'hands on'. Selesai program ini para peserta akan berkebolehan dan mampu menjana pendapatan dengan menjadi usahawan portal.

3. Sijil Asas Penerbangan dan Pelancongan
Sijil ini berlangsung selama 3 bulan dengan 3 modul merangkumi Asas Pengendali Pelancong, Asas Tempahan Tiket dan Asas Pramugara & Pramugari.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai program tersebut bolehlah menghubungi saya.

Wednesday, February 4, 2009

SIJIL ASAS KESENIAN NASYID


Adakah anda ada masalah berikut?

· Tiada ilmu dan kepakaran untuk melatih dan membimbing kumpulan nasyid/kesenian Islam anda

· Seringkali bermasalah mencipta lagu dan lirik nasyid/selawat untuk pertandingan yang ingin disertai

· Mendapat jemputan sebagai pembimbing dan jurulatih nasyid/kesenian Islam tetapi tiada sijil pengiktirafan

· Berminat dengan nasyid/kesenian Islam tetapi tiada ilmu dan masa untuk mengikuti program-program pembangunan tersebut

· Ingin menguasai asas nasyid/kesenian Islam daripada pakar dan penggiat nasyid/kesenian Islam profesional

Andalah yang kami cari! Sertai Sijil Asas Kesenian Islam oleh NowSeeHeart usahasama dengan Open University Malaysia...Sijil Pengiktirafan Pertama Seumpamanya di Malaysia!


Program : Sijil Asas Kesenian Islam

Tempoh : 2 Hari (Sabtu dan Ahad)

Tempat : Kampus Utama Open University Malaysia

Sasaran : Guru-guru pembimbing Kesenian Islam,
Penggiat Nasyid, Pelajar IPT dan sekolah-sekolah serta yang berminat
(18 tahun ke atas)


Pelaburan : Yuran Pendaftaran : RM 50

Yuran kursus : RM 500 seorang (termasuk makan minum utk 2 hari, kompang percuma dan CD selawat NSH)

Pembimbing : Kumpulan Nasyid NowSeeHeart

· Artis Baru Berkumpulan Terbaik Anugerah Industri Muzik 1999

· Vokal Terbaik Anugerah Industri Muzik 2003

· Persembahan Terbaik Anugerah Carta Nasyid ikim.fm 2004

· Lagu Terbaik dan Album Terbaik Anugerah Industri Nasyid 2006

· Tempat Ketiga Pertandingan Lagu Sayembara Puisi Dewan Bahasa Pustaka 2007

Modul :

Asas Nasyid 1 (Vokal dan Tarannum)

Asas Nasyid 2 (Lagu dan Lirik)

Asas Nasyid 3 (Gaya dan Persembahan)

Asas Perkusi

Asas Kompang Selawat


Objektif :

2. Sebagai wadah menyatupadukan para penggiat irama nasyid di samping memperkukuhkan irama nasyid.

3. Sebagai pemangkin kepada perkembangan irama nasyid yang lebih berkesan.

4. Sebagai pemantau kepada irama nasyid agar ia tetap berada pada matlamat murninya iaitu medium dakwah dan hiburan yang mendidik.

5. Sebagai usaha memperkembangkan irama nasyid berlandaskan keilmuan.

6. Sebagai saluran untuk para penggiat nasyid dan masyarakat mendapat input-input baru daripada isu-isu yang diperbincangkan.

Untuk maklumat lanjut sila ke;

Program GERAK USAHAWAN @ PWTC dari 6-8 Februari 09.

Preview Program @ Hotel Grand Pasific (bersebelahan PWTC) pada 8 Februari 09 dari jam 3.00-6.00 petang.

JUMPA ANDA DI SANA!!

Sunday, February 1, 2009

HEBAT, DAHSYAT DAN MANTAP...


"Oh, sekarang dah kerja sendiri ye? Wahh...Hebat3"
"Laa...dah tak kerja tempat lama? Fuhh...Dahsyat3"
"Dah jadi bos ye? perghh...Mantap3"

Sebulan sudah berlalu...Itulah antara kata2 yang aku terima dari sahabat dan taulan. Sejauh mana ikhlas dan jujurnya kata2 itu, aku pun tidak dapat menafsirkannya. Namun, dari pandang yang berbeza, aku mencari-cari PERINGATAN yang cuba disampaikan dari kata2 tersebut. Tidak sepatutnya aku hanyut dengan kata2 itu. Tiga kata2 dengan hujung perkataan yang memberikan seribu satu makna...hebat, dahsyat dan mantap.
Memang itu intipati yang aku belajar di sekolah usahawan. Sesuatu yang hebat, dahsyat dan mantap sentiasa menanti di hadapanku. Aku suka untuk memberikannya dalam bentuk ibarat dan perumpamaan....

"Seekor singa yang tinggal di zoo negara hampir 6 tahun, kemudian ia mengambil keputusan untuk hidup di hutan"

1. Hari pertama di hutan, sang singa merasa keseorangan, kesepian, termangu tanpa arah dan tujuan. Ia belajar betapa pentingnya seorang teman...hidup ini tiada makna jika berseorangan...perlukan 'kawanan'..Betapa HEBAT, DAHSYAT DAN MANTAPNYA seorang teman...

2. Saban hari sang singa terpaksa meredah hutan lalang. Andai ada sahaja kawasan lapang yang sudah diterangi, itu sudah dimiliki @ sudah ada penghuni. Kalau tidak betul caranya, sang singa akan dihalau pergi. Ia belajar tentang kehidupan mesti diterokai sendiri. perkara mudah sudah tidak ada dalam kamus diri. Malah jika tidak berhati-hati, kekuatan tiada dalam diri, tempat baru yang diterokai boleh dicerobohi...Betapa HEBAT, DAHSYAT DAN MANTAPNYA penerokaan hidup dan survivor hutan....

3. Sebelum ini makan dan minum bukan sesuatu yang difikirkan sang singa. Cukup masa dan ketika ia disua ke mulutnya. Namun di hutan belantara, makan dan minum tidak datang sendiri. Ia perlu dicari. Terkadang lelah mencari namun hasilnya tidak pasti..Bulan pertama ini, ia belajar tentang rezeki..Semakin ia menghargai tiap suap dan teguk yang diperolehi. Ia merasai 'lapar' dan tiada makan minum di saat ia benar-benar memerlukan..perlu sentiasa berlari! Memanglah yang terhidang di hutan adalah kijang, kancil dan lain-lain yang menggiurkan air liurnya berbanding daging kotak ketika di zoo.. namun, kijang dan kancil adalah rezeki yang mampu 'lari' dan perlu di'kejar'...Betapa HEBAT, DAHSYAT DAN MANTAPNYA rezeki dan cara memperolehinya....

4. Terlalu banyak pilihan makan dan minum di hutan. Pada awalnya, semua ingin dikejar...akhirnya ia lelah sendirian. Namun, sang singa perlu fokus. Andai ada sekawan seladang, tumpukan pada yang satu sahaja. Kumpul tenaga untuk memperolehinya. Susun strategi mendapatkannya...Ia belajar tentang kesabaran. Ia mengerti untuk tundukkan keserakahan dan ketamakan diri...Betapa HEBAT, DAHSYAT DAN MANTAPNYA usaha dan kerendahan diri....

5. Semasa di zoo, sang singa hidup dengan rutin yang sama. Tanpa perlu berfikir panjang, hari-hari berlalu begitu tenang. Namun saban hari di hutan, sang singa sentiasa berfikir dan terus berfikir. Berhenti berfikir bermakna berhenti untuk hidup...Tidurnya sudah tidak selena dulu. Sering diganggu 'fikir' yang tidak henti. Bagaimana esok? Apa perlu dilakukan esok? Siapa yang akan ia temui esok? Kalau dulu kerja dan fikirnya hanya digunakan pada 'persembahan pentas'..selepas itu ia lena. Sekarang setiap saat dan ketika adalah waktu kerja dan fikir...Betapa HEBAT, DAHSYAT DAN MANTAPNYA kuasa fikir....

Inilah pengajaran sebulan di medan keusahawanan.
Moga bait lagu klasik ini menjadi ingatanku dan peribadiku....

"Malamnya bagai rahib merintih sayu, dihiris dosa airmata,
Siangnya bagaikan singa di rimba, memerah keringat meluah tenaga"