Tuesday, December 30, 2008

MEMBANGUN DIRI, MEMBENTUK JIWA USAHAWAN


Program pertamaku bersama NICE adalah Kursus Asas Keusahawanan. Sasarannya para pelajar tahun akhir Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Kami diberikan amanah untuk mengendalikan Kolej Komuniti Sabak Bernam...Hmmm, syukur tak terkira..Maklumlah, boleh balik kampung..Melihat wajah-wajah mereka yang menjadi peserta, banyak yang aku sendiri pelajari. Kadangkala, kita dimomokkan dengan pelbagai taboo bahawa remaja yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading adalah mereka-mereka yang gagal dalam hidup. Realiti yang aku lalui menafikan hal tersebut. Sikap yang digambarkan oleh pihak atasan tentang diri para pelajar ini juga jauh meleset. Mereka sangat berbudi bahasa dan bercita-cita tinggi. Cuma mereka perlu didampingi. Kebanyakan mereka sudah berjiwa usahawan, malah ada yang sudah bergelar usahawan samada dengan inisiatif sendiri atau hasil asuhan keluarga. Cuma mungkin jiwa muda mereka perlu dipandu. Sikap energetik mereka perlu disalur sebaiknya. Bersama mereka 5 hari 4 malam, aku melihat seribu satu bakat luar biasa yang mereka miliki. Apa yang terdetik dalam diri ini ialah, sangat rugi jika kelebihan mereka disia-siakan. Malah menghukum mereka sebagai 'gagal' juga suatu kezaliman. Doaku semoga mereka berjaya sebagai usahawan. Apa yang penting, pengalaman ini adalah 'pembelajaran pertama'ku di 'sekolah usahawan'. Ya Allah, bimbinglah aku yang baru di 'darjah 1'......

HIJRAHKU...




Tahun ini aku benar-benar merasakan penghayatan hijrah...Setelah 6 tahun bersama 'dibesarkan' oleh Akademi Aidit Sdn Bhd, kini aku berhijrah untuk mula memasuki alam 'persekolahan' sendiri. Kini aku dapat memahami malah melalui apa yang dilalui oleh Amad (anak sulungku) ketika dia mula darjah 1 ; takut, keseorangan, tak tau nak buat apa, berdebar-debar apa akan jadi hari ini, esok dan hari-hari seterusnya, dan macam-macam lagi....tapi itulah yang perlu dilalui oleh semua orang jika mahu 'dewasa'...aku mesti laluinya, mesti berdikari...Apa yang penting bawa 'bekal'...Amad ketika darjah 1 sering aku pastikan untuk bawa bekal ; duit, doa, nasihat dan dorongan..Semoga bekal daripada AASB membantu aku untuk terus belajar berdikari..Terima kasih Dato' Aidit Ghazali atas segalanya...rakan-rakan seperjuangan...bekalkanlah aku dengan ingatan dan doa kalian.