Sunday, February 1, 2009

HEBAT, DAHSYAT DAN MANTAP...


"Oh, sekarang dah kerja sendiri ye? Wahh...Hebat3"
"Laa...dah tak kerja tempat lama? Fuhh...Dahsyat3"
"Dah jadi bos ye? perghh...Mantap3"

Sebulan sudah berlalu...Itulah antara kata2 yang aku terima dari sahabat dan taulan. Sejauh mana ikhlas dan jujurnya kata2 itu, aku pun tidak dapat menafsirkannya. Namun, dari pandang yang berbeza, aku mencari-cari PERINGATAN yang cuba disampaikan dari kata2 tersebut. Tidak sepatutnya aku hanyut dengan kata2 itu. Tiga kata2 dengan hujung perkataan yang memberikan seribu satu makna...hebat, dahsyat dan mantap.
Memang itu intipati yang aku belajar di sekolah usahawan. Sesuatu yang hebat, dahsyat dan mantap sentiasa menanti di hadapanku. Aku suka untuk memberikannya dalam bentuk ibarat dan perumpamaan....

"Seekor singa yang tinggal di zoo negara hampir 6 tahun, kemudian ia mengambil keputusan untuk hidup di hutan"

1. Hari pertama di hutan, sang singa merasa keseorangan, kesepian, termangu tanpa arah dan tujuan. Ia belajar betapa pentingnya seorang teman...hidup ini tiada makna jika berseorangan...perlukan 'kawanan'..Betapa HEBAT, DAHSYAT DAN MANTAPNYA seorang teman...

2. Saban hari sang singa terpaksa meredah hutan lalang. Andai ada sahaja kawasan lapang yang sudah diterangi, itu sudah dimiliki @ sudah ada penghuni. Kalau tidak betul caranya, sang singa akan dihalau pergi. Ia belajar tentang kehidupan mesti diterokai sendiri. perkara mudah sudah tidak ada dalam kamus diri. Malah jika tidak berhati-hati, kekuatan tiada dalam diri, tempat baru yang diterokai boleh dicerobohi...Betapa HEBAT, DAHSYAT DAN MANTAPNYA penerokaan hidup dan survivor hutan....

3. Sebelum ini makan dan minum bukan sesuatu yang difikirkan sang singa. Cukup masa dan ketika ia disua ke mulutnya. Namun di hutan belantara, makan dan minum tidak datang sendiri. Ia perlu dicari. Terkadang lelah mencari namun hasilnya tidak pasti..Bulan pertama ini, ia belajar tentang rezeki..Semakin ia menghargai tiap suap dan teguk yang diperolehi. Ia merasai 'lapar' dan tiada makan minum di saat ia benar-benar memerlukan..perlu sentiasa berlari! Memanglah yang terhidang di hutan adalah kijang, kancil dan lain-lain yang menggiurkan air liurnya berbanding daging kotak ketika di zoo.. namun, kijang dan kancil adalah rezeki yang mampu 'lari' dan perlu di'kejar'...Betapa HEBAT, DAHSYAT DAN MANTAPNYA rezeki dan cara memperolehinya....

4. Terlalu banyak pilihan makan dan minum di hutan. Pada awalnya, semua ingin dikejar...akhirnya ia lelah sendirian. Namun, sang singa perlu fokus. Andai ada sekawan seladang, tumpukan pada yang satu sahaja. Kumpul tenaga untuk memperolehinya. Susun strategi mendapatkannya...Ia belajar tentang kesabaran. Ia mengerti untuk tundukkan keserakahan dan ketamakan diri...Betapa HEBAT, DAHSYAT DAN MANTAPNYA usaha dan kerendahan diri....

5. Semasa di zoo, sang singa hidup dengan rutin yang sama. Tanpa perlu berfikir panjang, hari-hari berlalu begitu tenang. Namun saban hari di hutan, sang singa sentiasa berfikir dan terus berfikir. Berhenti berfikir bermakna berhenti untuk hidup...Tidurnya sudah tidak selena dulu. Sering diganggu 'fikir' yang tidak henti. Bagaimana esok? Apa perlu dilakukan esok? Siapa yang akan ia temui esok? Kalau dulu kerja dan fikirnya hanya digunakan pada 'persembahan pentas'..selepas itu ia lena. Sekarang setiap saat dan ketika adalah waktu kerja dan fikir...Betapa HEBAT, DAHSYAT DAN MANTAPNYA kuasa fikir....

Inilah pengajaran sebulan di medan keusahawanan.
Moga bait lagu klasik ini menjadi ingatanku dan peribadiku....

"Malamnya bagai rahib merintih sayu, dihiris dosa airmata,
Siangnya bagaikan singa di rimba, memerah keringat meluah tenaga"

3 comments:

kyuzo uehara said...

salam abg idzhar,

tepat utk menggambarkan seorg usahawan yg betul2 mahu jadi usahawan..

semoga usaha semua usahawan muslim akan terhasil..

all the best!

p.s. pinjam kata2, nak post dlm blog saya nnt pulak bleh? hehehe..

-Azzah AR-

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Wahai Sang Singa di hutan .... melayan perasaan perlu kerana dirimu telah dibekalkan dgn senjata ilmu kaunseling.

Wahai Sang Singa di hutan.... Masa dan rezeki adalah dua gandingan utama. Namun begitu sekali sang singa dapat menangkap habuan... makannya sampai seminggu, sebulan dan setahun.

Tentulah ianya berbeza dgn Singa Di Zoo.. makannya diberi setiap hari tapi quantitinya sedih sekali... sekadar sekali kenyang... bila habis terus menunggu lagi...

Sang Singa di hutan berbicara pada tidur yang lena.... lenakah juga singa di zoo?

Tiada lena dalam hidup ini... singa di zoo juga berbicara... "masih ada lagikah hari esok...? adakah makanan akan tersedia..." atau esok.. bila kubangun... rupanya zoo sudah ditutup... atau dipindahkan... jika dipindah...adakah aku mampu menghadapi situasi baru tanpa persediaan.... "

Singa di hutan berbicara pasal larian mencari rezeki halal... mencari tanah lapangan untuk berehat dan berteduh....

Singa di zoo juga berbicara.. tentang suara yang menyuruhnya itu dan ini... suara dan tindakan penjaganya.... meminta ianya membebaskan diri atau memberikan aktiviti yang mencabar hati atau memberikan gambaran bahawa singa di zoo perlu menjadi "singa yang luar biasa".....

Iyulah sedikit gambaran singa di zoo yang telah ditinggalkan oleh kawannya yang telah lari ke hutan....

Ciptaan Terhebat said...

Sedih saya baca luahan hati singa-singa yang ada...

Percayalah Allah tidak nilai di mana 'singa-singa' itu berada, tetapi apa yang 'inga-singa; itu buat apabila mereka berada di mana-mana...

Tugas kita di dunia ini adalah sebagai hamba yang mesti meletakkan Allah di dalam jiwa bukan harta dan kekayaan semata, dan tugas juga sebagai khalifah bukan untuk berjawatan atau mahsyur serata dunia tetapi memberikan hak keadilan dan memimpin mereka ke arah SYURGA yang abadi...

Tahniah... kerana KITA SEMUA yang TERPILIH...

http://kamarulazami.blogspot.com