Thursday, March 19, 2009

RAJA DALAM DIRI


"Eh, selipar aku takde..Rasanya tadi letak kat sini. Alamak, camner ni?"

"Belasah jelah selipar sesapa..Sape suruh ambik selipar aku.."

"Eh, jangan. Tu selipar orang. Mana boleh amik selipar orang. Balik kaki ayam jelah"

"Gila ke? Panas terik nih, kotor pulak tuh. Amik je, selipar sesapa. Kalau tak pun amik je terompah masjid tuh."

"Jangan, tak baik."

Aku yakin, setiap orang pasti pernah melalui situasi ini. Entah daripada mana datangnya suara itu, tetapi ia sentiasa membisik kepada kita untuk menentukan pilihan tindakan kita. Pertarungan itu sering berlaku dalam diri kita. Kadangkala yang 'putih' menang, kadangkala pula si 'merah' menguasai. Tapi itulah hakikatnya dalam kehidupan.."Kata HATI" sering mengiangkan kita dan membisikkan sesuatu.

Kebelakangan ini, aku sering dihantui bisikan tersebut. Entah kenapa ada rasa tidak selesa dalam hati yang sentiasa membisik kepadaku. Aku mula rasa tidak enak dan berfikir panjang dengan apa yang aku lalui sekarang. Malam ini rasa itu menjadi semakin kuat...Aku perlu lakukan sesuatu untuk masa depanku..Ini kerana aku teringat salah satu kaedah untuk menjadi 'magnet' yang hebat agar dapat menarik perkara baik dalam diri yang dinukilkan dalam buku THE SECRETS...

"jadikan indeks rasa tenang hati untuk menentukan benar atau salahnya tindakanmu"

Andai hati tidak tenang, pasti ada yang tidak kena dengan apa yang kita sedang lakukan. Nabi SAW sendiri menyatakan bahawa untuk mengetahui sesuatu perkara itu dosa atau tidak, cukuplah hati menjadi penentu awalnya...

Ya, ALLAH, aku cukup tidak tenang dengan situasi sekarang...Bimbinglah daku, pimpinlah daku ke jalan lurusMU.....

Wednesday, March 4, 2009

Kembali Ke Fitrah


"Sesungguhnya setiap anak itu dilahirkan dalam fitrah"


"Aduhh....sakitnya!" dengusku pada diri sendiri. Semalam, jam 4.30 pagi aku sudah terjaga kerana sakit perut yang memulas-mulas. Kesakitan itu berterusan sehingga ke pagi. Entah berapa kali aku berulang ke bilik air....Aku teguk air garam yang dibancuh oleh isteriku sebelum dia bertolak ke sekolahnya. Sakitnya masih terasa. Seharian aku tidak selesa.

Alhamdulillah, hari ini lega sedikit. Aku sudah beransur pulih.

Pengalaman ini mengingatkan aku pada tazkirah pertama dalam program BINA INSAN NEGERI SELANGOR suatu ketika dulu. Tajuknya "kembali ke fitrah". Intipatinya, mengajak semua agar merenung diri bahawa kita sebenarnya dilahirkan dalam fitrah kebaikan. Apa sahaja yang tidak baik, sangat tidak cocok dengan diri kita. Aku selalu memberitahu bahawa jasmani juga inginkan kebaikan dan serasi dengan benda baik. Andai ada yang tidak baik masuk dalam jasmani/perut, sudah pasti ia akan ditolak keluar samada melalui 'jalan atas' atau 'jalan bawah'.

Aku mencari-cari hikmah di sebalik kejadian semalam. Mungkin Allah ingin mengingatkan aku supaya kembali ke fitrah...Ya ALLAH bimbinglah daku yang lemah ini!

Tuesday, March 3, 2009

Rezeki NSH



Sepanjang bulan Mac ini NOWSEEHEART telah menerima beberapa undangan persembahan. Jadi, kepada para peminat NSH khususnya, dan peminat nasyid amnya bolehlah datang ke lokasi-lokasi berikut untuk bertemu dengan kami. Kami juga akan mengedarkan risalah tentang program persijilan iaitu SIJIL ASAS KESENIAN NASYID. Jumpa anda di sana!

08 MAC 09 : Hotel Regency KL (8.00 malam)

09 MAC 09 : THE MINES, Sri Kembangan (7.00 pagi - 2.00 petang)

11 MAC 09 : UniKL, Bangi (8.00 malam)

15 MAC 09 : Maulidurrasul @ SINGAPURA

18 MAC 09 : UPSI (8.00 malam)