Tuesday, December 30, 2008

MEMBANGUN DIRI, MEMBENTUK JIWA USAHAWAN


Program pertamaku bersama NICE adalah Kursus Asas Keusahawanan. Sasarannya para pelajar tahun akhir Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Kami diberikan amanah untuk mengendalikan Kolej Komuniti Sabak Bernam...Hmmm, syukur tak terkira..Maklumlah, boleh balik kampung..Melihat wajah-wajah mereka yang menjadi peserta, banyak yang aku sendiri pelajari. Kadangkala, kita dimomokkan dengan pelbagai taboo bahawa remaja yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading adalah mereka-mereka yang gagal dalam hidup. Realiti yang aku lalui menafikan hal tersebut. Sikap yang digambarkan oleh pihak atasan tentang diri para pelajar ini juga jauh meleset. Mereka sangat berbudi bahasa dan bercita-cita tinggi. Cuma mereka perlu didampingi. Kebanyakan mereka sudah berjiwa usahawan, malah ada yang sudah bergelar usahawan samada dengan inisiatif sendiri atau hasil asuhan keluarga. Cuma mungkin jiwa muda mereka perlu dipandu. Sikap energetik mereka perlu disalur sebaiknya. Bersama mereka 5 hari 4 malam, aku melihat seribu satu bakat luar biasa yang mereka miliki. Apa yang terdetik dalam diri ini ialah, sangat rugi jika kelebihan mereka disia-siakan. Malah menghukum mereka sebagai 'gagal' juga suatu kezaliman. Doaku semoga mereka berjaya sebagai usahawan. Apa yang penting, pengalaman ini adalah 'pembelajaran pertama'ku di 'sekolah usahawan'. Ya Allah, bimbinglah aku yang baru di 'darjah 1'......

HIJRAHKU...




Tahun ini aku benar-benar merasakan penghayatan hijrah...Setelah 6 tahun bersama 'dibesarkan' oleh Akademi Aidit Sdn Bhd, kini aku berhijrah untuk mula memasuki alam 'persekolahan' sendiri. Kini aku dapat memahami malah melalui apa yang dilalui oleh Amad (anak sulungku) ketika dia mula darjah 1 ; takut, keseorangan, tak tau nak buat apa, berdebar-debar apa akan jadi hari ini, esok dan hari-hari seterusnya, dan macam-macam lagi....tapi itulah yang perlu dilalui oleh semua orang jika mahu 'dewasa'...aku mesti laluinya, mesti berdikari...Apa yang penting bawa 'bekal'...Amad ketika darjah 1 sering aku pastikan untuk bawa bekal ; duit, doa, nasihat dan dorongan..Semoga bekal daripada AASB membantu aku untuk terus belajar berdikari..Terima kasih Dato' Aidit Ghazali atas segalanya...rakan-rakan seperjuangan...bekalkanlah aku dengan ingatan dan doa kalian.

Thursday, November 13, 2008

10 Things We Waste


1. Our Knowledge: Wasted by not takingaction with it.


2. Our Actions: Wastedby committing them without sincerity.


3. Our Wealth: Wasted byusing on things that will not bring us ajr (reward from Allah). We waste ourmoney, our status, our authority, on things which have no benefit in this lifeor in akhirah (hereafter).


4. Our Hearts: Wastedbecause they are empty from the love of Allah, and the feeling of longing to goto Him, and a feeling of peace and contentment. In it's place, our hearts arefilled with something or someoneelse.


5. Our Bodies: Wastedbecause we don't use them in ibadah (worship) and service of Allah.


6. Our Love:Our emotional love is misdirected, not towards Allah, but towards something /someone else.


7. Our Time: Wasted, notused properly, to compensate for that which has passed, by doing what isrighteous to make up for past deeds.


8. Our Intellect: Wastedon things that are not beneficial, that are detrimental to society and theindividual, not in contemplation or reflection.


9. Our Service: Wastedin service of someone who will not bring us closer to Allah, or benefit indunyaa(this world).


10. Our Dhikr (Remembrence of Allah):Wasted, because it does not touch us or our hearts.

Thursday, October 30, 2008

NOW, SEE with your HEART...


“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk kepada manusia (riya’), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikian juga halnya orang-orang yang kafir dan riya’ itu) mereka tidak akan dapat mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.”
(Al-Baqarah : 2 : 264)


IKTIBAR
Jika sebelum ini kita hanya melihat (LOOK) batu sebagai batu semata-mata, mulai hari ini kita boleh bertafakkur, merenung dan mengamatinya (SEE) sebagai suatu muhasabah untuk mengukur tentang ruginya jika kita merosakkan pahala yang sudah dikumpul hanya kerana sifat riya'. Batu sebagai diri, tanah sebagai pahala dan hujan sebagai riya'...

Ya ALLAH, sesungguhnya Maha Suci Engkau yang menjadikan apa jua tidak sia-sia! Aku perlu belajar daripada seketul BATU...

Wednesday, October 29, 2008

REMAJA @ ikim.fm (29 Okt 2008)


Alhamdulillah, akhirnya setelah 2 bulan tidak dapat menghadirkan diri untuk slot REMAJA atas kesibukan yang 'super', bulan ini aku berjaya muncul secara 'live' di ikim.fm. Bersama dj Fairuz, kami mengisi slot tersebut dengan perbincangan tentang MASA. Untuk pengetahuan semua, slot REMAJA adalah salah satu slot di ikim.fm yang dilaksanakan setiap Rabu jam 3.15-3.45pm..Mengikut jadual asal, slot yang saya isi adalah setiap Rabu minggu kedua..namun, fleksibiliti diberikan seandainya ada kekangan yang mendatang...

INTIPATI
Tajuk : MASA
Ibrah : Kisah perpindahan istana Balqis

(38) Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?"(39) Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".(40) Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".

(An-Naml : 38-40)




Iktibar 1

Manusia makhluk ciptaan yang mulia. Kemuliaannya kerana 2 status iaitu sebagai HAMBA dan KHALIFAH. Kekalkan kemuliaan itu dengan terus menjaga 2 status tersebut.

(39) Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".(40) Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!"

Iktibar 2
Dalam urusan pentadbiran, malah dalam apa jua keadaan, persoalan masa amat penting dititikberatkan. Keprihatinan terhadap kepentingan masa akan menyebabkan seseorang itu terpanggil untuk mengurus segala aktiviti yang ingin dijalankan. Pengurusan aktiviti yang berkualiti pula tidak boleh berpegang kepada cogankata biar lambat asal selamat tetapi mestilah memenuhi prasyarat 3C berikut:

1. CEPAT.
Kecepatan dalam melaksanakan sesuatu tugasan amat penting. Pepatah Arab menyatakan bahawa masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita. Ini tidaklah bermaksud bahawa kita melakukannya dengan tergopoh-gapah atau gelojoh. Sebaliknya, orang yang cepat adalah mereka yang pandai menggunakan peluang dan ruang yang ada serta meletakkan susunan keutamaan dalam setiap tindakannya. Sandarannya adalah pada cogankata first thing first. Ini kerana orang yang berjaya adalah mereka yang tidak menangguhkan apa yang boleh dilakukan hari ini sehingga ke hari esok.

2. CEKAP.
Dalam pengurusan aktiviti, kecekapan memainkan peranan penting bagi memastikan bahawa setiap yang dilaksanakan akan dapat diuruskan dalam masa yang singkat. Sementara kecekapan pula tidak dapat dipisahkan dengan kepakaran. Hanya pakar sahaja yang akan dapat melaksanakan tugasan dengan cekap. Maknanya, untuk mendapatkan hasil yang baik dan cekap, serahkan segalanya kepada yang pakar.

3. CERMAT.
Cermat membawa erti teliti. Ketelitian adalah kunci utama mencapai kualiti. Kualiti yang membezakan tahap pencapaian pengurusan aktiviti. Pengurusan aktiviti yang cemerlang adalah yang mementingkan kecepatan masa, kecekapan pelaksanaan dan juga ketelitian kualiti.




Iktibar 3

Bersyukur adalah cara setiap insan untuk menghargai pemberian ALLAH. Tanda syukur terhadap anugerah masa adalah dengan menggunakannya sebaik mungkin.

Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".
Ya ALLAH, semoga diri ini sentiasa mampu menguruskan masa dan bersyukur terhadap pemberianMu..

Tuesday, October 28, 2008

LOOK vs SEE


"Tepilah jiha..." keluh Amad sambil menepis adiknya. Si Jiha mula menangis.."Dia buat dahh.." isteriku mula bersuara. Hmm...begitulah situasi kalau naik kereta. Berebut nak duduk 'tengah' dan nak dapatkan 'aircond'..."Kene cari MPV jugak nampaknya nih" aku menyahut. Dalam banyak2 MPV kami tertarik dengan WISH. Tapi tak tahulah bila 'wish become true'. Namun, bukan itu fokus posting kali ini. Ia sekadar pembuka bicara.


Sedar atau tidak, bila ada keinginan terhadap WISH, hampir selalu bila berada di jalan raya, asyik terserempak dengan WISH saja. "Ada jodoh ni" fikirku. Sebenarnya, bukan begitu. Saya yakin anda juga begitu. Bila sahaja kita berkeinginan terhadap sesuatu, seolah2 subjek tersebut hampir dengan kita dan kita selalu terserempak dengannya. Adakah hari2 biasa tidak banyak WISH di jalan raya? Saya yakin puratanya sama sahaja pada hari apa pun. Cuma jika kita tidak memberikan fokus kita tidak sedar akan kemunculannya. Di sinilah perbezaan antara LOOK dan SEE.


Pada hari biasa, tanpa keinginan dan kecenderungan yang kuat, kita tidak 'perasan' akan kehadiran subjek tersebut kerana kita hanya melihat (LOOK). Tapi bilamana kita meletakkan keinginan dan kecenderungan yang tertentu maka kita dapat merasakan kehadiran subjek tersebut kerana ketika itu kita sudah merenung dan mengamati (SEE). Saya terus teringat lagu Yusuf Islam yang berbunyi, " I look, I look, I look, I see"...Ia seolah2 memberitahu kita bahawa proses pengamatan atau SEE berlaku bila kita mengulang2 proses melihat atau LOOK.


Islam menyarankan kita supaya sentiasa TAFAKKUR iaitu merenung, memikirkan tentang penciptaan alam sehingga menghasilkan ketenangan jiwa. Semua yang kita mampu lihat disuruh untuk kita merenung dan mengambil intipati iktibarnya. Al-Qur'an sendiri penuh dengan ayat-ayat perbandingan agar manusia merenung apa sahaja dengan pandangan mata hati.


“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmahnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: ‘Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?’ (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik.”
(Al-Baqarah : 2 : 26)


So, don't just LOOK, but start from NOW, SEE with your HEART!

Tuesday, October 7, 2008

Warisan Yang Hampir Pupus


"Apa kita nak buat raya ni, along?" sua abah kepadaku petang ramadhan itu. "Erm, kita buat lontong ler abah..."jawabku penuh semangat. "Hmm, buat lah along..abah bantu-bantu sikit. Dia dah tak larat tu.."ibu mencelah. "Eh, awak nih, saya ok lagi" abah cuba mempertahankan dirinya. "Kita buat sama-sama lah ye abah. Lagipun semua adik-beradik ada tahun nih", segera aku redakan keadaan.

Memang itulah tradisi kami orang Jawa dalam menyiapkan hidangan utama di pagi Aidilfitri. Tahun ini, kami sepakat untuk memasak 'lontong'. Kadangkala aku risau dan tertanya-tanya, setakat mana hidangan tradisi ini akan bertahan dan diwarisi turun-temurun hingga ke generasi akan datang. Aku harap usaha mempelajari kaedah pembuatannya dan mengaplikasikannya ketika abah masih ada untuk tegur-menegur kesilapanku akan menjadi titik tolak agar warisan ini tidak pupus ditelan arus zaman...


Barangan yang diperlukan : Kayu Kelongsong dan Daun Pisang


"Lap bersih-bersih daun tu Amin"


Gulungkan daun pisang menggunakan kayu kelongsong untuk mendapatkan bentuk lontong.


Lipat penjuru atas daun dan ikat dgn getah. Kalau zaman tradisional guna lidi...

Keluarkan daun yang sudah berbentuk dan masukkan beras. Sukatannya 1/2 @ 3/4 bergantung pada 'kembang' beras yang digunakan.




Lipat penjuru atas yang satu lagi dan ikat. Siaplah lontong untuk dimasak. Kalau hendak memasak, mesti dibaringkan supaya beras kembang dengan baik...Kalau ditegakkan nanti pecah lontong tu..Petua orang dulu-dulu, memasak lontong guna dapur "butterfly", habis saja minyak dalam botolnya, masaklah lontong tu..


Rampong puoso sesok rioyo,

Nyicipi kueh wedang sirap,

Dino Bodho njaluk ngapuro,

Luputi kabeh seng salah silap.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN


Salam Perkenalan

Assalamualaikum semua..

Salam perkenalan dari saya. Selamat melayari blog ini. Semoga ia memberikan manfaat untuk kita bersama..