Tuesday, October 7, 2008

Warisan Yang Hampir Pupus


"Apa kita nak buat raya ni, along?" sua abah kepadaku petang ramadhan itu. "Erm, kita buat lontong ler abah..."jawabku penuh semangat. "Hmm, buat lah along..abah bantu-bantu sikit. Dia dah tak larat tu.."ibu mencelah. "Eh, awak nih, saya ok lagi" abah cuba mempertahankan dirinya. "Kita buat sama-sama lah ye abah. Lagipun semua adik-beradik ada tahun nih", segera aku redakan keadaan.

Memang itulah tradisi kami orang Jawa dalam menyiapkan hidangan utama di pagi Aidilfitri. Tahun ini, kami sepakat untuk memasak 'lontong'. Kadangkala aku risau dan tertanya-tanya, setakat mana hidangan tradisi ini akan bertahan dan diwarisi turun-temurun hingga ke generasi akan datang. Aku harap usaha mempelajari kaedah pembuatannya dan mengaplikasikannya ketika abah masih ada untuk tegur-menegur kesilapanku akan menjadi titik tolak agar warisan ini tidak pupus ditelan arus zaman...


Barangan yang diperlukan : Kayu Kelongsong dan Daun Pisang


"Lap bersih-bersih daun tu Amin"


Gulungkan daun pisang menggunakan kayu kelongsong untuk mendapatkan bentuk lontong.


Lipat penjuru atas daun dan ikat dgn getah. Kalau zaman tradisional guna lidi...

Keluarkan daun yang sudah berbentuk dan masukkan beras. Sukatannya 1/2 @ 3/4 bergantung pada 'kembang' beras yang digunakan.




Lipat penjuru atas yang satu lagi dan ikat. Siaplah lontong untuk dimasak. Kalau hendak memasak, mesti dibaringkan supaya beras kembang dengan baik...Kalau ditegakkan nanti pecah lontong tu..Petua orang dulu-dulu, memasak lontong guna dapur "butterfly", habis saja minyak dalam botolnya, masaklah lontong tu..


Rampong puoso sesok rioyo,

Nyicipi kueh wedang sirap,

Dino Bodho njaluk ngapuro,

Luputi kabeh seng salah silap.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN


5 comments:

Aku said...

cayalah wak haha best la rasa nak buat lontong

rampung ngising semar tilem.

kyuzo uehara said...

salam abg idzhar.. mcm tu ke org jawa wat lontong? peh tradisional sungguh.. hebat2..

kapallayar said...

salam abg idzhar. kak yus pekaba? sy ni fazliah (xsmakl gen6), adik kak hanan.

kem salam kat kak yusmarina.

wslm

nordinjaafar said...

bestlah cita ni..jgn lupa lawatilah blog ku pula har..nordinjaafar@blogspot.com

nordinjaafar said...
This comment has been removed by the author.