Tuesday, October 28, 2008

LOOK vs SEE


"Tepilah jiha..." keluh Amad sambil menepis adiknya. Si Jiha mula menangis.."Dia buat dahh.." isteriku mula bersuara. Hmm...begitulah situasi kalau naik kereta. Berebut nak duduk 'tengah' dan nak dapatkan 'aircond'..."Kene cari MPV jugak nampaknya nih" aku menyahut. Dalam banyak2 MPV kami tertarik dengan WISH. Tapi tak tahulah bila 'wish become true'. Namun, bukan itu fokus posting kali ini. Ia sekadar pembuka bicara.


Sedar atau tidak, bila ada keinginan terhadap WISH, hampir selalu bila berada di jalan raya, asyik terserempak dengan WISH saja. "Ada jodoh ni" fikirku. Sebenarnya, bukan begitu. Saya yakin anda juga begitu. Bila sahaja kita berkeinginan terhadap sesuatu, seolah2 subjek tersebut hampir dengan kita dan kita selalu terserempak dengannya. Adakah hari2 biasa tidak banyak WISH di jalan raya? Saya yakin puratanya sama sahaja pada hari apa pun. Cuma jika kita tidak memberikan fokus kita tidak sedar akan kemunculannya. Di sinilah perbezaan antara LOOK dan SEE.


Pada hari biasa, tanpa keinginan dan kecenderungan yang kuat, kita tidak 'perasan' akan kehadiran subjek tersebut kerana kita hanya melihat (LOOK). Tapi bilamana kita meletakkan keinginan dan kecenderungan yang tertentu maka kita dapat merasakan kehadiran subjek tersebut kerana ketika itu kita sudah merenung dan mengamati (SEE). Saya terus teringat lagu Yusuf Islam yang berbunyi, " I look, I look, I look, I see"...Ia seolah2 memberitahu kita bahawa proses pengamatan atau SEE berlaku bila kita mengulang2 proses melihat atau LOOK.


Islam menyarankan kita supaya sentiasa TAFAKKUR iaitu merenung, memikirkan tentang penciptaan alam sehingga menghasilkan ketenangan jiwa. Semua yang kita mampu lihat disuruh untuk kita merenung dan mengambil intipati iktibarnya. Al-Qur'an sendiri penuh dengan ayat-ayat perbandingan agar manusia merenung apa sahaja dengan pandangan mata hati.


“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmahnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: ‘Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?’ (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik.”
(Al-Baqarah : 2 : 26)


So, don't just LOOK, but start from NOW, SEE with your HEART!

No comments: