Thursday, October 30, 2008

NOW, SEE with your HEART...


“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk kepada manusia (riya’), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikian juga halnya orang-orang yang kafir dan riya’ itu) mereka tidak akan dapat mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.”
(Al-Baqarah : 2 : 264)


IKTIBAR
Jika sebelum ini kita hanya melihat (LOOK) batu sebagai batu semata-mata, mulai hari ini kita boleh bertafakkur, merenung dan mengamatinya (SEE) sebagai suatu muhasabah untuk mengukur tentang ruginya jika kita merosakkan pahala yang sudah dikumpul hanya kerana sifat riya'. Batu sebagai diri, tanah sebagai pahala dan hujan sebagai riya'...

Ya ALLAH, sesungguhnya Maha Suci Engkau yang menjadikan apa jua tidak sia-sia! Aku perlu belajar daripada seketul BATU...

2 comments:

Aku said...

look look see.. loo! kok see wak e', hehe

Ciptaan Terhebat said...

Subhanallah, hebat ciptaan tuhan ini, bahkan lebih hebat apabila kita melihat, ciptaan tuhan yang terhebat dimuka bumi ini, melihat dengan mata hatinya...