Wednesday, May 6, 2009

"brain" new world.....


'nak pergi ke tidak ye?'
'hajat hati memang nak pergi, tapi....'

Kata hati ini bermain sejak pertama kali mendapat berita tentang kehadiran Tony Buzan untuk program mindmapping di Kuala Lumpur baru-baru ini. Semacam ada pertarungan dalaman antara rasa ingin pergi dengan tidak. Namun, kekuatan diri di samping kesungguhan isteri tercinta memberikan kata-kata perangsang dan rakan seperjuangan, aku gagahkan jua diri dan poket untuk menghadiri program ini.

Sememangnya, pendedahan mindmappingku bermula dengan kehadiran abang Allwee ke AASB. Dia memberikan sentuhan pertama dan ia dibudayakan di AASB. Maka sudah pasti ilmu tentangnya sudah aku miliki. Malah, kesimpulan di akhir program ialah, 'apa yang diajarkan oleh abang Allwee saling tak tumpah seperti apa yang diutarakan oleh Tony Buzan. '

Cuma sudah pasti ada rencah-rencah yang berbeza. Ibarat dua orang yang hendak memasak menu yang sama. Sudah pasti teknik dan caranya berbeza sedikit tetapi hasilnya tetap sama. Beberapa perkara yang ku pelajari dalam program ini ialah:

1. Teknik penyampaian : Tony sangat bersahaja dan kata-katanya tersusun serta jelas.

2. Teknik persembahan : Presentationnya 'lebih banyak grafik dari tulisan'.

3. Lontaran soalannya merupakan jalan untuk mencapai sebuah kesimpulan yang hendak di ketengahkan.

4. Peraturan mindmapping tidak disentuh secara formal, hanya berlaku bilamana aktiviti dijalankan.

Sepanjang program ini juga, ia menjadi medan silaturrahim yang sangat efektif. Aku bertemu dengan rakan sebilik di UKM. Sahabat baruku adalah person inchage untuk Student Affair, Universiti Teknologi Petronas, Shanizam. Malah lunch hari kedua memberikan aku motivasi bilamana seorang senior UKM yang sekarang bertugas di Universiti Malaysia Kelantan mengulas kerjayaku sebagai motivator. Antara kata-katanya ialah :

'be different but relevant'

Aku juga belajar bahawa penguasaan bahasa Inggeris sesuatu yang aku perlukan. Pendedahan program sebegini memang ruang yang baik untuk mengasahnya. Ini kerana rata-rata yang hadir 'speaking london' walaupun berkulit sawo matang!

Ya Allah,
Semoga usaha ini menjadi jalan untuk aku mampu menyebarkan kebaikan kepada masyarakat.

2 comments:

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Salam Idzhar,

Tahniah kerana berjaya berguru dgn founder Mindmapping Tony Buzan, walaupun usianya dah mencecah 85 tahun plus...plus... tapi kreativitinya tetap menyerlah kerana Tony Buzan pada asalnya tidak pandai melukis bertukar menjadi individu kreatif... usia bukan penghalang tetapi kehendak... Otak Kita akan tetap muda selagi ianya digunakan walaupun usia fizikal kita semakin lanjut..

selamat menyebarkan mind mapping... masih aramai yang perlukan ilmu anda diluar sana... sebar-sebarkanlah

Allwee AASB

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Peta Minda Adalah Anugerah Allah.. pengkajinya mengambil iktibar daripada kejadian Alam

Layari
http://mindaperkasa.blogspot.com/2009/04/peta-minda-adalah-anugerah-allah.html