Saturday, May 23, 2009

Train The Trainer


"Good morning, everybody. My name is Shashee. I'm your Course Leader for Train The Trainer"

Itulah kata-kata aluan program yang aku ikuti selama 5 hari baru-baru ini. Ia dikendalikan oleh SHEQ Management Consultant Sdn Bhd. Program ini diiktiraf oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan peserta akan dianugerahkan sebagai Jurulatih Bertauliah PSMB. Program ini berlangsung sepanjang tahun. Sesiapa yang berminat untuk mengikutinya boleh mendapatkan info dalam laman web PSMB.

Untuk kali ini, ia berlangsung di Royale Bintang, Seremban. Aku terpaksa berulang-alik setiap awal pagi dari KL ke Seremban.

Pendedahan dalam program ini melibatkan aspek teori dan praktikal. Ia mampu menambah pengetahuan dan pengalaman dalam bidang latihan dan motivasi. Pada hari keempat dijalankan peperiksaan bertulis dan hari terakhir peserta diuji aspek penyampaian latihan.

Ukhuwwah tetap menjadi perkara manis dalam program ini. Semoga ianya berpanjangan.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun aku diuji dengan kesakitan pinggang dan bengkak mata kesan alahan pada pain killer...

2 comments:

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

TAhniah kerana mengikuti TOT PSMB, kat AASB, Izhan adalah jurulatih bertauliah PSMB. Trainingnya lebih simple daripada training encik farid.

Kita dulupun dibawah latihan encik FArid dah dikira jurulatih bertauliah. Namun begitu dunia sekarang perlukan sijil yanng diiktiraf sepeerti yang Izhar belajar sekarang....

Anyway tahniah kerana mencari sijil - sijil keilmuan untuk mendapatkan kepercayaan orang lain dalam menyebarkan kata-kata yang benar dan membawa perubahan kepada manusia yang disentuh.

kyuzo uehara said...

salam abg idzhar,

alhamdulillah dah bersijil ya.. semoga peluang lebih banyak diperolehi selepas ni.. aminnnn..