Tuesday, December 30, 2008

HIJRAHKU...




Tahun ini aku benar-benar merasakan penghayatan hijrah...Setelah 6 tahun bersama 'dibesarkan' oleh Akademi Aidit Sdn Bhd, kini aku berhijrah untuk mula memasuki alam 'persekolahan' sendiri. Kini aku dapat memahami malah melalui apa yang dilalui oleh Amad (anak sulungku) ketika dia mula darjah 1 ; takut, keseorangan, tak tau nak buat apa, berdebar-debar apa akan jadi hari ini, esok dan hari-hari seterusnya, dan macam-macam lagi....tapi itulah yang perlu dilalui oleh semua orang jika mahu 'dewasa'...aku mesti laluinya, mesti berdikari...Apa yang penting bawa 'bekal'...Amad ketika darjah 1 sering aku pastikan untuk bawa bekal ; duit, doa, nasihat dan dorongan..Semoga bekal daripada AASB membantu aku untuk terus belajar berdikari..Terima kasih Dato' Aidit Ghazali atas segalanya...rakan-rakan seperjuangan...bekalkanlah aku dengan ingatan dan doa kalian.

1 comment:

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Hijrah bermaksud keluar daripada satu zon selesa (comfort zone) kepada satu zon selesa yang lain.

Berpindah antara 2 zon ini tentulah diselami dengan rasa takut, feel alone / lonely, apakah masih ada esok hari, income bulan depan bagaimana? dan pelbagai lagi kecamuk pemikiran dan perasaan... ianya tentulah lebih dirasai apabila idz berpindah buat kai pertama dalam hidup....

Bagaimana orang yang tak ready berpindah seperti pekerja di diberhentikan....? mss? ataupun tiba-tiba company tutup?.. tentulah lebih parah lagi..

Anyway, idz bersedia untuk berpindah... tahniah... maka buatlah seperti tentera islam ketika menyeberangi selat dan sampai di seberang... lalu di bakar kapal itu sambil pemimpinnya berkata ; "kita memerangi musuh habis-habisan sama ada kita berjaya atau syahid.....

Selamat berjuang dan bekerja sendiri....

Teringin juga saya seperti dulu.... bekerja sendiri......

kerana kerja sendiri.. menjual idea dan keringat tetapi dibalas dgn ganjaran yang tinggi atau duka yang menusuk hati... namun zaman sekarang zaman IT... pendapatan di ALAM MAYA banyak sekali... yang penting usaha yang optima....senyum....