Tuesday, December 30, 2008

MEMBANGUN DIRI, MEMBENTUK JIWA USAHAWAN


Program pertamaku bersama NICE adalah Kursus Asas Keusahawanan. Sasarannya para pelajar tahun akhir Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Kami diberikan amanah untuk mengendalikan Kolej Komuniti Sabak Bernam...Hmmm, syukur tak terkira..Maklumlah, boleh balik kampung..Melihat wajah-wajah mereka yang menjadi peserta, banyak yang aku sendiri pelajari. Kadangkala, kita dimomokkan dengan pelbagai taboo bahawa remaja yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading adalah mereka-mereka yang gagal dalam hidup. Realiti yang aku lalui menafikan hal tersebut. Sikap yang digambarkan oleh pihak atasan tentang diri para pelajar ini juga jauh meleset. Mereka sangat berbudi bahasa dan bercita-cita tinggi. Cuma mereka perlu didampingi. Kebanyakan mereka sudah berjiwa usahawan, malah ada yang sudah bergelar usahawan samada dengan inisiatif sendiri atau hasil asuhan keluarga. Cuma mungkin jiwa muda mereka perlu dipandu. Sikap energetik mereka perlu disalur sebaiknya. Bersama mereka 5 hari 4 malam, aku melihat seribu satu bakat luar biasa yang mereka miliki. Apa yang terdetik dalam diri ini ialah, sangat rugi jika kelebihan mereka disia-siakan. Malah menghukum mereka sebagai 'gagal' juga suatu kezaliman. Doaku semoga mereka berjaya sebagai usahawan. Apa yang penting, pengalaman ini adalah 'pembelajaran pertama'ku di 'sekolah usahawan'. Ya Allah, bimbinglah aku yang baru di 'darjah 1'......

4 comments:

Anonymous said...

cayalah wak, ahlan wa sahlan w marhaban ke dunia usahawan.Usaha+Lawan, Usah+Di awan-awan.

Ciptaan Terhebat said...

Tahniah, dan selamat berjaya...

Harap dapat bekerjasama la...

InsyaAllah, untuk ingatan saya, perniagaan adalah satu usaha pekerjaan, apa yang kita tidak boleh lari ialah keyakinan bahawa setiap kerja yang baik akan diberikan keberkatan hidup, yang penting bukan kekayaan dunia sangat, tetapi keselamatan akhirat...

Kerja kita ini dakwah, bebannya berat dan besar, lagi ramai kita temui, usaha kita kena lagi kuat untuk sampaikan kebenaran...

TUNE diri kita

p/s tengokla blog saya dengan ofis saya, baru nak start

kamarulazami.blogspot.com
iqclassmanagement.blogspot.com

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Kepada blogger usahawan Idzhar... tahniah atas usaha anda belajar dan mengajar pelajar u jadi usahawan.... ianya memerlukan minda, pemikiran dan jiwa usahawan juga untuk memberikan pengalaman berharga pada pelajar dan bukan berdasarkan teori buku semata-mata.

1 st step anda bekerja sendiri adalah langkah bijak dan langkah yg bijak ini akan berjalan dgn seirngnya risiko.

Risiko akan bertukar menjadi profit apabila minda usahawan diletakkan di hadapan dgn tindakan berpanjangan.. disulami pula dengan hirupan sup "nafas panjang"

Semoga berjaya....

Abd Rahman Md Desa said...

Doaku semoga mereka berjaya sebagai usahawan...saya doakan juga...