Wednesday, February 25, 2009

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NICE & IPD-OUM

Encik Idzhar Jumali (CEO NICE) menyerahkan kompang kepada Encik Repin Ibrahim (COO Meteor OUM) untuk dipalu sebagai simbolik pelancaran program sambil diperhatikan oleh Encik Azman Mat Wajib (Executive Chairman NICE)


Persembahan NOWSEEHEART menyerikan suasana majlis pelancaran

Alhamdulillah, pada 16 Februari 09 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Program NICE & IPD-OUM. Tiga program dilancarkan atas kendalian NICE sebagai 'associate consultant' untuk IPD-OUM :

1. Sijil Asas Kesenian Nasyid
Program 2 hari ini menampilkan Nowseeheart sebagai tenaga pengajar. Ia adalah persijilan pertama seumpamanya yang mengiktiraf nasyid sebagai suatu disiplin ilmu.

2. Sijil Pembangunan Usahawan Portal
Program 2 hari ini akan mengetengahkan bimbingan membuat portal secara 'hands on'. Selesai program ini para peserta akan berkebolehan dan mampu menjana pendapatan dengan menjadi usahawan portal.

3. Sijil Asas Penerbangan dan Pelancongan
Sijil ini berlangsung selama 3 bulan dengan 3 modul merangkumi Asas Pengendali Pelancong, Asas Tempahan Tiket dan Asas Pramugara & Pramugari.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai program tersebut bolehlah menghubungi saya.

2 comments:

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Wah...wah...sudah ada bizness pelancongan dan penerbangan... kira udah jadi bapak kepada pramugara dan pramugari....

Anyway, kepada singa di hutan... singa-singa di zoo mengucapkan syabas dan tahniah kepada CEO Nice kerana menjalinkan ikatan rahmah wa mawabbah dgn OUM...

idz_nsh said...

salam..pelancongan dan penerbangan itu program lama yg masih diteruskan...fokus saya ialah pada program baru iaitu sijil nasyid dan sijil portal...kalo ada potential market bgtau ler ye...

InsyaAllah, bila singa hutan sudah bertapak di OUM, dia akan pulang membantu teman dan sahabat di sana...doakan!