Wednesday, March 4, 2009

Kembali Ke Fitrah


"Sesungguhnya setiap anak itu dilahirkan dalam fitrah"


"Aduhh....sakitnya!" dengusku pada diri sendiri. Semalam, jam 4.30 pagi aku sudah terjaga kerana sakit perut yang memulas-mulas. Kesakitan itu berterusan sehingga ke pagi. Entah berapa kali aku berulang ke bilik air....Aku teguk air garam yang dibancuh oleh isteriku sebelum dia bertolak ke sekolahnya. Sakitnya masih terasa. Seharian aku tidak selesa.

Alhamdulillah, hari ini lega sedikit. Aku sudah beransur pulih.

Pengalaman ini mengingatkan aku pada tazkirah pertama dalam program BINA INSAN NEGERI SELANGOR suatu ketika dulu. Tajuknya "kembali ke fitrah". Intipatinya, mengajak semua agar merenung diri bahawa kita sebenarnya dilahirkan dalam fitrah kebaikan. Apa sahaja yang tidak baik, sangat tidak cocok dengan diri kita. Aku selalu memberitahu bahawa jasmani juga inginkan kebaikan dan serasi dengan benda baik. Andai ada yang tidak baik masuk dalam jasmani/perut, sudah pasti ia akan ditolak keluar samada melalui 'jalan atas' atau 'jalan bawah'.

Aku mencari-cari hikmah di sebalik kejadian semalam. Mungkin Allah ingin mengingatkan aku supaya kembali ke fitrah...Ya ALLAH bimbinglah daku yang lemah ini!

6 comments:

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Ceo = Singa Di Hutan,

Sakit itu adalah merupakan cuti bagi usahawan.... cuti pada fizikalnya dan bukan pada mindanya..

Dato AA juga hadapi cirit birit 3 hari lepas.

Kalau ikut kronologinya.... apa yang CEO hadapi adalah merupakan simptom seorang CEO.... maybe dah sama level....atau taraf.......

Bagaimana projek terkini.....?

Kalau CEO nak ikut program SPA Minda... boleh hubungi kak in*,

Wassalam

idz_nsh said...

Ceh...

Bleh plak samakan ngan sakit perut Dato Aidit..blum lg bang, blum sampai level. Jauh lagi rasanya...

Aritu ada emel kat abg prog nasyid kan? tlg sebar2kan ye..

Prog SPA Minda? Apa tuh? Bg detailnya..nak joint gak...

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Kalau CEO nak joint... kos yang dikenakan setaraf dgn jawatan....

Nampak sibuk dgn nsyid bulan ie... kira kalau buat show... nampaknya kumpulan NSH akan penuh korumlah...

ehe.....

Semua singa kat Zoo kirim salam....

Pada 4 mac yang lepas... modul FA, OHI, Meritokrasi n produktiviti di sampaikan oleh Singa Izhan... gaumannya di ILPBT Morib menggegarkan jiwa para peserta... cayalah....

idz_nsh said...

Owh, nampaknya ada hikmah besar saya mengundur diri dari AASB...Syabas Izhan! Rakan2 yg lain pun mesti dah jauh meninggalkan saya...saya mesti catch-up cpt..doakan saya!

singamaraja said...

salam ziarah

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Salam CEO,

Semalam dan Hari ini Dato' AA adakan TOT "How To Be Excellent Consultant" Banyak ilmu dan pengalaman yang dicurahkan....
Katanya " Follow Me!" "Try to achieve to my standard/s!"

18 m 19 mac ni ada lagi TOT seterusnya.... untuk jadi singa perkasa di zoo....

Wassalam