Wednesday, April 8, 2009

Hijrah ke-2...


Atas rasa tidak selesa dengan apa yang aku lalui, setelah berfikir panjang, dan bertanyakan pendapat rakan-rakan seperjuangan...maka aku mengambil keputusan untuk meninggalkan NICE dan bergerak sendirian atas nama SELFCURE RESOURCES....

Sesiapa yang ingin menjemput saya untuk program-program motivasi dan pembinaan diri, boleh terus berhubung dengan saya di sini....

Ya Allah, permudahkan urusanku, jangan kau susahkan urusanku dan sempurnakanlah setiap urusanku dengan kebaikan.....

5 comments:

Ciptaan Terhebat said...

Salam...

Harap kekalkan kesabaran ye. Apa cerita bang, kalau betul ada masalah harap teruskan perjuangan, teringat saya firman Allah dalam surah Al-Asr, berpesan-pesan kepada yang hak dan berpesan-pesan dengan kesabaran.


Yang hak perlu diperbetulkan dan diperkatakan hak, dan bersabar jika ditimpakan musibah kerana, itu tanda Allah mengingati kita dan itu bukti kita sedang diperhatikan.


http://kamarulazami.blogspot.com

idz_nsh said...

Salam kam,

Agak panjang hendak diceritakan...tp keputusan ini atas gerak hati yang sentiasa tidak tenteram...Alhamdulillah sekararang dah pulih rasa itu...MOga langkah ini adalah gerak dariNYA...
Nntilah, jumpa kita cerita panjang...Bila nak wat usrah ke 2?

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Har,
Terkejut jugak abang membacanya...

Namun begitu, singa yang garang perlu bergerak dgn syarikat sendiri jika itulah fitrah perjuangan....

Jika kita bernaung di syarikat orang lain walaupun berjawatan ceo bermakna kita tiada kekuatan untuk membuat keputusan terutama di saat-saat genting... shareholder tetap akan menggunakan kuasa miliknya yangbersifat mutlak....

Syarikat sendiri walaupun sole prio adalah melambangkan kekuatan sendiri, keputusan sendiri dan hala tuju sendiri... namun jangan lupa mentor-mentor di luar sana yang boleh membantu kita....

Salam perjuangan har, singa jantan sentiasa memburu seorang diri dan mempunyai ramai pembantunya...

Wassalam

Hamba Ilahi said...

tak kisah apa pun keputusannya byang penting hidup yang dilalui disandarkan kepada Allah. moga keputusan yang di ambil dari iulham istikarah.salam ukhwah'

Zalie Rahman said...

salam..

hmm.. kenapa jadi begini? hijrah la ke mana yg baik2.. jgn ke realiti tv aja.. :)