Monday, April 6, 2009

sesuatu yg sangat hampir dengan kita...

KHAMIS 2 April 2009

"hello, assalamualaikum, along".
"waalaikumussalam ibu'.
"kat mana?"
"ada program kat SMK Puchong Perdana, bu. Kenapa?".
"nak bagitau, Wak Hamid meninggal pagi ni..."

SABTU 4 April 2009

"hello, assalamualaikum".
"waalaikumussalam".
"iki Kang Sahid, seko Kg Soeharto. Bojoku wes ninggal".
"yo, kang. Nnti nyong kaie tau Jumali. sabar yo kang".


Minggu ini aku dikejutkan dengan 2 kematian saudara. Kedua-duanya sempat aku ziarahi. Arwah Wak Hamid di Kg Batu Muda, isteri Wak Sahid di Kg Soeharto..

Memang hikmah besar menziarahi kematian adalah suatu iktibar untuk kita agar sentiasa merasakan bahawa mati itu terlalu hampir dengan kita. Bekalan apa yang hendak dibawa? Andai mati itu tiba sekarang, sudahkah kita bersedia?

Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku, dosa kedua ibubapaku, adik-beradikku, kaum keluargaku, isteri serta zuriat keturunanku...
Cucurilah rahmatMu ke atas mereka-mereka yang telah pergi dahulu daripadaku. Tempatkan mereka di sisi hamba-hambaMu yang soleh dan solehah...

1 comment:

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Salam,
Setiap yang hidup akan mati... hakikat yang pasti

Lama tak dengar berita... masing-masing sibuk dgn urusan dunia latihan

Kena ada program "Uzlah daripada kesibukan dan kenikmatan dunia"

Wassalam