Sunday, April 19, 2009

Izin ALLAH, asbab dan ikhtiar...

"Assalamualaikum dik, ayah ada?"
"Ada...jap ye"
"Abah, ada 'orang surau' nak jumpa abah"

"Assalamualaikum bang. Kami ni dari surau..baru datang semalam. Ada buat ziarah rumah ke rumah dan program kat surau".
"Kami datang ni atas kalimah 'lailahaillallah' yang ada dalam diri abang dan diri kami. Andai tinggal abang seorang sahaja dalam dunia ni, ALLAH tetap kekalkan dunia sebab kalimah 'lailahaillallah' tu".

"Kita kena ingat, bahawa yang memelihara anak dan isteri bukannya suami, tp ALLAH"
"Bukan peladangan, bisnes dan pekerjaan kita yang menentukan kita susah atau senang, tp ALLAH"
"Jalan dakwah mesti diteruskan bang. Nabi dah takde lagi, kita yang perlu teruskan jalan dakwah ini".
"Jemput ke surau bang, ada majlis ilmu lepas maghrib ni".

Itulah dialog tetamu yang menziarah ke rumah petang semalam. Sepanjang dialog, aku sekadar menjadi pendengar. "Mungkin ini tazkirah dariNYA untukku" bisik hati kecilku.
Namun, kata-kata tetamu itu bermain-main di fikiran. Terasa semacam ada penjelasan dan penerangan tambahan untuk kata-kata mereka itu.

Pada pandanganku, izin ALLAH datang bersama dengan asbab dan ikhtiar. Memang benar segala-galanya adalah atas izin dan kuasa ALLAH. Namun, ALLAH jadikan sebab untuk setiap sesuatu dan DIA berikan kekuatan ikhtiar kepada manusia. Teringat peneranganku dan rakan-rakan tentang beza TAWAKAL (serah diri pada ALLAH tanpa usaha) dan TAWAKKAL (serah diri pada ALLAH setelah berusaha dan berikhtiar)....ALLAH memberi kita rezeki, atas asbab kita mencarinya dan berikhtiar ke arahnya. Tiada rezeki yang datang bergolek serta melayang. ALLAH memelihara rumah, anak dan isteri kita, atas asbab dan ikhtiar kita memberikan bekalan yang cukup, keselamatan yang terbaik seperti kunci rumah dan sebagainya...

Berdakwah memang tugas semua insan yang mengaku beriman kepada ALLAH dan RasulNya. Namun bagiku, jalan dan caranya ada pelbagai. Contoh teladan yang ditunjukkan rasul junjungan membuktikan bahawa jalan dakwah tidak langsung terpisah dengan kehidupan seorang manusia. Rasul menjalankan urusan 'dunia', mengembala, berniaga, menjahit pakaian, berjalan, bergurau, menziarah, bersama isteri, anak-anak, sahabat dan ia seiringan dengan dakwahnya. Langsung tidak terasing. Ia menunjukkan kepada kita bahawa "dakwah adalah kehidupan, dan kehidupan itu dakwah"...


Jadilah apa jua dalam hidup anda, penjual nasi lemak, peniaga air jambu, tukang sapu, guru, kerani, pemandu, motivator, penulis, penyanyi, pelakon, pelawak, pemimpin negara, namun jangan lupa bahawa kita membawa misi dakwah dalam setiap tindakan dan tugas kita. Ia sentiasa seiringan...

Ya Allah, jadikan apa yang aku kerjakan sebagai jalan dakwah..
Wallahu a'lam..

6 comments:

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Saya sangat bersetuju dengan panjangan ustaz idzhar, memang sekarang ini ramai yang cuba menyempitkan makna dakwah. Ada golongan menyatakan dakwah ialah terlibat dalam perjuangan Islam hanya menerusi kelompoknya sahaja.. kelompok lain tak dikira.

Ada pula suka menyalahkan kelompok-kelompok lain tanpa cuba menghitung diri dan kelompok diri sendiri...

Ada yang keliru konsep dakwah yang sebenarnya.... setengah menyatakan dakwah hanya mengajak orang lain berbuat baik atau hanya ke surau sahaja iaitu beribadah sahaja....

sedangkan dakwah adalah aspek yang cukup luas....

penerangan ustaz idzhar adalah tapat untuk renungan bersama

idz_nsh said...

meminjam kata2 seorang sahabat..."saya bukan ustad...saya baru nak start"

idz_nsh said...
This comment has been removed by the author.
Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Ini adalah address untuk ke kosmo tentang kursus mindmap... sorry tak dapat hantar thru email kerana tiada alamat email terkini

Wassalm
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0424&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm

WeBViDeOKLiP said...

jom berdakwah

Ciptaan Terhebat said...

Betul lah juga, saya bersetuju, kefahaman yang jitu dan kuat sebegini perlu diterjemahkan dengan tindakan dan perlakuan...

Ramai juga dikalangan rakan-rakan kita yang masih dibelenggu dengan kemewahan dan keseronokan dunia...

Moga-moga kita Allah kekalkan dalam usaha-usaha begini dan diberikan hidayah kepada kawan-kawan kita...

p/s: khuatir tentang kawan, mengharap lebih ramai orang seperti abang idzhar dan en alwee